LATAR BELAKANG PROJEK PENYELIDIKAN (2020-2022)
Projek penyelidikan yang bertajuk “PENYELESAIAN BERSKALA UNTUK MENYOKONG PENJAGA STROK TIDAK FORMAL DI MALAYSIA: PEMBINAAN SECARA SISTEMATIK DAN KAJIAN KEBOLEHGUNAAN (A SCALABLE SOLUTION FOR SUPPORTING INFORMAL STROKE CAREGIVERS IN MALAYSIA: SYSTEMATIC DEVELOPMENT AND FEASIBILITY STUDY)” bermula dari tahun 2020 sehingga 2022 dan merangkumi tiga fasa utama yang berobjektifkan; 1) mengkaji pengalaman, keperluan, bantuan dan halangan dalam penyediaan penjagaan pesakit strok bagi para penjaga pesakit strok di Kelantan (kajian kualitatif), 2) mengukur kesan dan beban dalam kalangan para penjaga pesakit strok di Kelantan dan Terengganu (kajian kuantitatif), dan 3) menilai kebolehlaksanaan modul intervensi aplikasi telefon pintar mHealth (versi Malaysia) dalam membantu para penjaga pesakit strok di Kelantan dan Terengganu.
Di bawah Geran Penyelidikan Newton-Ungku Omar, projek kajian ini merupakan satu usaha kolaboratif antara barisan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE), dan London School of Hygiene and Tropical Medicine (LSHTM), United Kingdom, bertujuan untuk mengenalpasti cabaran yang sedang dihadapi oleh para penjaga tidak formal pesakit strok di Malaysia dalam mendapatkan sokongan, maklumat, bantuan dan dana kewangan untuk menjaga pesakit-pesakit strok mereka. terutamanya di kala pandemik wabak COVID-19 dan kehidupan berasaskan norma baharu yang sedang berlaku sekarang. Kami percaya kesukaran yang dialami pada ketika ini bukan sahaja menjejaskan para penjaga dan pesakit strok tetapi juga golongan pengamal perubatan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan dan orang awam secara umumnya.
Lantaran itu, untuk mencapai objektif utama fasa ketiga kajian kami, laman sesawang ini telah dibina dan diperkenalkan kepada para penjaga pesakit strok di lokaliti utama kami, Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bharu, Kelantan) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (Kuala Terengganu, Terengganu). Melalui laman sesawang ini, para penjaga boleh mendapatkan informasi dan panduan dalam penjagaan pesakit strok dalam bentuk format video yang telah sedia ada di atas talian untuk tontonan umum.
PENYELIDIKAN BERTERUSAN (2023-Sekarang)
Projek penyelidikan yang bermula pada 2020 telah dikembangkan objektif dan masih aktif dijalankan. Pada Januari 2023, kajian "CaknaStrok: The Module Development and The Feasibility Study" telah dimulakan sebagai satu usaha berterusan bagi memastikan kelangsungan dapatan kajian tanpa henti. Berfokuskan kepada penambahbaikan hasil dan kebolehgunaan inovasi yang dibina, iaitu "CaknaStrok", sebuah aplikasi telefon mudah alih kesihatan atau lebih dikenali sebagai apliklasi mHealth, barisan penyelidik lebih menumpukan perhatian kepada kajian lapangan secara menyeluruh di Malaysia. Kajian ini akan dijalankan dibawah tiga fasa utama iaitu, (1) Fasa 1: Validasi isi kandungan modul; (2) Fasa 2: Kajian Feasibiliti; dan (3) Fasa 3: Integrasi CaknaStrok dan Sistem Kesihatan Malaysia. Kajian ini dijangka akan tamat dan selesai pada akhir Disember 2025.
SENARAI PENERBITAN:
Bin Suliman, M. A., Hanis, T. M., Kamdi, M. K. A., Ibrahim, M. I., & Musa, K. I. (2023). A Bibliometric Analysis of Stroke Caregiver Research from 1989 to 2022. International journal of environmental research and public health, 20(5), 4642. https://doi.org/10.3390/ijerph20054642
Hamzah, N., Musa, K.I., Romli, M.H. et al. The Malay version of the caregiver assessment of function and upset instrument (Malay-CAFU): a translation and validation study among informal stroke caregivers. BMC Public Health 23, 198 (2023). https://doi.org/10.1186/s12889-023-15076-1
Haji Mukhti, M.I.; Ibrahim, M.I.; Tengku Ismail, T.A.; Nadal, I.P.; Kamalakannan, S.; Kinra, S.; Musa, K.I. Family Caregivers’ Experiences and Coping Strategies in Managing Stroke Patients during the COVID-19 Pandemic: A Qualitative Exploration Study. Int. J. Environ. Res. Public Health 2022, 19, 942. https://doi.org/10.3390/ijerph19020942
Haji Mukhti, M.I.; Ibrahim, M.I.; Tengku Ismail, T.A.; Nadal, I.P.; Kamalakannan, S.; Kinra, S.; Abdullah, J.M.; Musa, K.I. Exploring the Need for Mobile Application in Stroke Management by Informal Caregivers: A Qualitative Study. Int. J. Environ. Res. Public Health 2022, 19, 12959. https://doi.org/10.3390/ijerph191912959
Sidek, N. N., Kamalakannan, S., Tengku Ismail, T. A., Musa, K. I., Ibrahim, K. A., Abdul Aziz, Z., & Papachristou Nadal, I. (2022). Experiences and needs of the caregivers of stroke survivors in Malaysia-A phenomenological exploration. Frontiers in neurology, 13, 996620. https://doi.org/10.3389/fneur.2022.996620
Sidek, N. N., Tengku Ismail, T. A., Kamalakannan, S., Chen, X. W., Romli, M. H., Mat Said, M. Z., Papachristou Nadal, I., Ibrahim, K. A., & Musa, K. I. (2023). A mixed-methods study on the implementation of a mobile health application (mHealth app) for stroke caregivers in Malaysia: healthcare providers' perspective. Frontiers in neurology, 14, 1222260. https://doi.org/10.3389/fneur.2023.1222260